PANDUAN UJIAN SARINGAN HIV UNTUK BAKAL PENGANTIN
- kursuskahwinkl
- Aug 28, 2016
- 1 min read

BORANG UJIAN SARINGAN HIV
1. Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan Agama Islam berhampiran anda.
2. Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV. (Bayaran adalah berbeza mengikut negeri)
3. Borang Ujian Saringan HIV hendaklan dilengkapkan dan dibawa ke klinik kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.
UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.
2. Sekiranya keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.
3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu.
4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dan dimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.
5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.
6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.

Comments