top of page

Program Intensif Perkahwinan Belia (Selangor)

  • kursuskahwinkl
  • May 8, 2016
  • 1 min read

Syarat Memperoleh Insentif. Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua kaum.

  2. Tiada sebarang had pendapatan.

  3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).

  4. Sijil berhenti sekolah rendah / menengah bagi Pemohon yang bermastautin. (WAJIB)

  5. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.

  6. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.

  7. Perkahwinan kali pertama sahaja.

  8. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.

  9. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA.

  10. Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam).

  11. Dokumen Sokongan perlu dihantar dalam tempoh dua (2) minggu dari Tarikh Pendaftaran Online (Dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh nikah / daftar perkahwinan).

  12. PERMOHONAN HANYA SEKALI SAHAJA, SEBARANG RAYUAN TIDAK DILAYAN.

Dokumen Diperlukan. Setiap permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon. (WAJIB)

  2. Sijil Nikah bagi pemohon beragama Islam ATAU Sijil Pendaftaran Perkahwinan bagi pemohon bukan Islam. (WAJIB)

  3. Salinan muka hadapan buku simpanan akaun Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. (WAJIB)

  4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah rendah dan menengah di dalam Negeri Selangor. (WAJIB)


 
 
 

Yorumlar


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

© 2013 - 2017 by Profound Learning Solutions Sdn. Bhd. 

No. 10-2 (Tingkat 2), Jalan Tasik Utama 7, Pusat Niaga Tasik Damai, 57000 Kuala Lumpur.

No. Tel : 017-2985752 / 013-2664087

  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  • Logo Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  • Wix Facebook page
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page